Sunday, March 28, 2010

Daurah...new experience

Assalamualaikum w.b.t...

Sudah lama tak meng'update' blog sampai dah bersawang(istilah untuk bloggers yang memang agak tak rajin memperbaharui entries mereka) dah rasanya.(Saya termasuk salah seorang daripada mereka.Hihihi...)

    Okies...untuk entry ini yang saya rasa tak panjang sangat dan tak pendek sangat, saya akan bercerita kisah saya mengikuti satu program Sebenarnya saya tak tahu nama program tu apa secara spesifiknya. So, saya namakannya Daurah Usul Isyrin.


    Bertolak dari Mais terchenta sekitar pukul lapan dengan menaiki kereta Kak Naz. Berkonvoi dengan kira-kira 4 buah kereta sisters dan brother yang lain. Sebab dah lama tak berjumpa, banyak benda yang kitorang tak tahu. Termasuklah cerita Kak Naz yang dah kawen...hihihi.Suaminya pulak satu daerah dengan saya.Tapi saya tak pergilah sebab tak tahu. Selamat Pengantin Baru ye Kak Naz.

    Disebabkan Usul Isyrin ini di'compiled'kan oleh As-syahid Imam Hassan Al-banna, maka saya pun meminta Kak Naz bercerita sedikit mengenai saat2 kematian beliau sebab saya dah lupa..(padahal dah banyak kali kisah beliau diulang-ulang oleh kakak2 dan abang2 senior waktu kat KISAS dulu). Tapi semua benda saya ambik mudah je.Terkilan la pulak rasanya...

    Kami tiba kira-kira empat puluh lima minit kemudian di Pejabat Isma di Bangi.Jumpa dengan kawan2 dari KTT, INTEC dan jugak KMB. Selepas bertaaruf seketika,-sisters kat dalam, brothers kat luar-(sebenarnya saya baru je membiasakan diri dengan gelaran tersebut), talk session pun bermula...

    Banyak sangat benda yang selama ni saya buat tak ambik endah di'refresh'kan dalam talk ni.Untuk slot yang pertama lebih kepada talk mengenai syahadatul haq. Syahadatul haq ni maksudnya adalah menegakkan satu penyaksian dan terbahagi kepada dua: perkataan dan perbuatan.Faham tak?????Hmmm....macam mana ya nak cakap??Ha...formula yang diberi lebih kurang macam ni..
Syahadah perbuatan + syahadah perkataan(individu,msyrkt n negara)= hujah Allah mengatasi hujah manusia.
Tak faham jugak????....Mintak tolong ustaz-ustazah @ kakak2 usrah yang arif untuk explain! Saya takut tersalah explain atau habis lenguh tangan2 saya menulis, tapi saya sendiri pun tak faham...hihi

    Okies...for the next session, barulah masuk kepada Usul Isyrin tersebut. Beberapa usul sahaja dipilih kerana masa yang tak diperuntukkan tak banyak. Jugak untuk memberi masa kepada para peserta bertanya perkara2 yang meng'confuse'kan akal fikiran masing2. Saya tak sempat bertanya sebab saya sedang cuba menghadam apa yang dapat semasa talk tadi. Tu laa...siapa suruh tak buat pre-reading awal2, kan dah tekial-kial nak faham..walhal Eyzzah ada je pasal usul dua puluh tu..*saya cakap dekat diri saya sendiri...hihi*

    Lepas solat Asar, satu bengkel diadakan iaitu kami dibahagikan kepada beberapa group. Setiap group akan ada seorang kakak untuk kami bertanya pasal segala benda yang dibincangkan. Maklumlah habis je talk tu, rasa berasap la jugak kepala. Tu belum campur yang terlena statik mahupun yang mendengar dengan penuh tawaduk mengiyakan segala usul...Jadi, waktu bengkel tu diadakan, pelbagai soalanlah yang ditanya para peserta sebab waktu ramai2 tadi ada peserta lelaki, jadi aurat suara perlu dijaga..(tak faham tak apa..hihi)

    Group saya adalah di bawah Kak Syaf a.k.a Dr Syaf *yang sangat comel*.Kak Syaf banyak bercerita mengenai Imam Hassan Al-Banna dan perjuangan beliau. Saya sangat teruja apabila Kak Syaf bercerita,
"Ketika zaman persekolahan, beliau sudah terlibat dengan pelbagai persatuan dan pernah membuat kutipan wang bagi membeli setem. Dan setem2 tersebut digunakan bagi menghantar surat kepada orang2 yang di rumah mereka mempunyai berhala. Dan isi kandungan surat tersebut adalah untuk memberi nasihat kepada mereka supaya membuang  berhala tersebut". Kak Syaf juga bercerita tentang saat2 kematian beliau yang menunjukkan betapa orang2 Yahudi sangat takut kepada pengaruh beliau. Perkara yang saya pasti adalah banyak peristiwa2 kegemilangan dan kejatuhan Islam yang perlu kita baca balik supaya kita dapat melihat betapa jauhnya beza umat Islam dulu dan sekarang...

Kak Syaf juga mencadangkan beberapa buah buku mengenai sirah Rasulullah dan kisah2 para sahabat..



    Karangan Syeikh Safiyurrahaman al-Mubarakfury
     Ada satu lagi buku tapi saya tak terjumpa covernya..karangan Ar-Raheed Al-Makhtum..

       Okies....setelah saya fikir sebanyak tujuh kali, saya memutuskan untuk tak menulis tentang Usul Isyrin tersebut sebab:
    i) pertama, saya takut sangat saya tersalah tulis atau explain* nanti saya yang dapat dosa pulak*
    ii) kedua, saya takut sape2 yang membacanya tak faham*macam la saya ni terer sangat meng'explain*
    iii) ketiga, banyak sumber2 lain yang boleh diakses untuk membacanya*internet kan ada*
    iv)keempat,tak habis bincang lagi, baru beberapa usul je
    v)kelima, kertas usul saya hilang!!!*tatau pergi mane kertas tu*
    Sebenarnya saya boleh je pinjam daripada orang lain, tapi disebabkan ada reason lagi empat tu, saya decide......tak payahlahhh.

        Okies....selepas habis program, kami bertolak balik. Konvoi gak. Tapi saya balik dengan kereta Kak Ros. Kak Ros dah kerja lepas habis belajar kat Melbourne.*Kak Ros adalah seorang engineer* Tu yang saya impress tu..Selepas sesi taaruf, dah tak ada benda nak diceritakan dah. So, Kak Ros pun bercerita tentang kisah dan pengalamannya.Pengalaman apabila tempat asing mampu mengajar kita mencari asal-usul .Apabila dikelilingi orang2 yang tak sama dengan kita, baru terasa siapa kita yang sebenar. Saya sangat teruja dengan cerita Kak Ros.Tapi, lepas tu memang saya tertidur sebab penat...hihi.Sedar2 dah sampai Mais..

        Kalau ada rezeki lagi, saya nak sangat Allah bagi kelapangan supaya saya dapat pergi lagi program macam ni. Dan juga kepada kawan2 saya yang lain..Ameen..

    10 MINIT KEMUDIAN....

    Selepas saya membaca kembali, saya  ingin merumuskan bahawa entry saya sedikit panjang...jadi kepada sesiapa yang membaca, atau selepas tersesat2 terjumpa blog saya, saya nak ucapkan terima kasih banyak2. Saje je..bukannya ada apa2 pun..

    Okies...see u next time
    May Allah bless u all..
    Bubye..
    Salam..

    2 comments:

    1. Sorry kepada semua orang, Ar-Raheed Al-Makhtum tu adalah tajuk buku...
      Saya macam malas sikit nak edit..hihi
      Sorry again...

      ReplyDelete
    2. assalamualaikum.....
      kehadapan cik siti hajar..
      semoga mici2 selalu...gagagagaa

      kuing3...i sudah bace la u punyer blog..hehe
      malas nk log in..nati mu bleh tau blog aku..
      lpas xm br aku update blog aku..

      pas bules la meng 'komen'2 hehe..

      okes las..nk study pulop..final xm 19mei ni dh...
      b4 masuk 4th yr..yipppiiii!!!!

      excited!!ngeh3....

      with luvvvvv.....<3

      kakakmu yg jauh di upm...kui4

      ReplyDelete