Thursday, July 8, 2010

PENGUMUMAN2!!!

Assalamualaikum w.b.t..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Alhamdulillah....
setelah sekian lama saya tak menjenguk ke sini, akhirnya dapat jugak meninjau-ninjau. Bukan tak sayang blog, tapi bermacam-macam dugaan yang terpaksa ditempuhi. Tak dapat bukak sebab password salah la, baru nak post tiba-tiba kilat sabung-menyabung, jadi kena tutup laptop, dan macam-macam lagilah.hihihi....walaupun tu sebenarnya sekadar alasan...huhuhu..

Okies, kita berbalik kepada tujuan asal. Ada banyak benda nak diisytiharkan, ye la dah lama tak menconteng kan....huhuhu..
1. Minggu depan ada EXAM final sem 3.takott....Bermula 12/7 sampai 16/7.straight tak berhenti...hari-hari ada paper tu

2. Kakak saya yang no 1,2,3......tak tak yang no 5, KAHWIN...hihii..dah lama dah sebenarnya.dah basi dah.tapi perasan pengantin baru.ada la dalam 3 minggu...
.
3. Saya dapat ANAK SAUDARA lagi...6/7.baru lepas  habis study group and tiba-tiba ma sms kata kak long dah bersalin....waaa bangganya dapat lagi anak sedara!!Nama baby adalah......NUR SAFIYYA KHALISAH.comell kan???tak tau la dah final ke belum,tapi rasa macam dah.saya tak dapat balik tengok....cedihnyerrrr..

4. Saya dah dapat result MUET hari ni!!!result okey je sebab tak expect nak dapat macam tu, tapi dah dapat, rasa bersyukur sangat-sangat...

5. Aper lagi ye...okey,lepas exam kitorang kena pergi BTN.Part yang tak seronoknya sebab kena pakai baju putih macam zaman sekolah dulu...hihihhhiii...tak boleh bayang la macam mana..=)Then, ada entrance exam.berdebar la pulak

Dah kot.
Saya kena g buat soklan past year,ada lagi tak siap..huhuhu...
Doakan saya dapat buat yang terbaik untuk final exam ni
For MARA students, i wish good luck to all of u....buat leklok.
Nanti kita fly same-same yer...=)
Love u guys!!!!




Bye...
Salam
May Allah bless u all...

Monday, May 3, 2010

TAKDE TAJUK!!!....

Assalamualaikum w.b.t..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Feel like writing something here today..
How was our faith today??
Increasing or decreasing??

Pejam mata, bukak mata, pejam balik dan bukak balik, rupa-rupanya dah nak mencecah 
separuh sem 3 dah. Saya selalu cakap dengan kawan saya, rasa macam baru je sain
surat perjanjian untuk target sem 2 dengan Sir Azlan, tiba-tiba dah sem 3 dah nak habis dah.
Sedar tak sedar minggu depan dah start mid sem exam..MasyaAllah..sekejap je 
rasanya masa berjalan. Rasa macam baru je berkenalan dengan  Basic Genetics, rasa macam 
baru je start suka dengan hydrocarbon Chemistry II, rasa macam baru je belajar tajuk Konsep 
Asas Akidah Islam dalam Islamic Studies, rasa baru je jumpa Miss Nadhrah yang cantik
ajar English and rasa macam baru je taaruf dengan Computer Science.
Apa yang pasti, minggu depan, bermula 11/5 memang exam mid sem akan bermula.
Persiapan tak buat secara serius lagi. Asyik main je..Macam mana nak score kalau tak 
study elok2.Habis terbang macam tu je azam sem 3.huhu..Kalau tak dapat fly macam mana??
Nauzubillah...tamau la macam tu!! Tapi apapun rezeki kat tangan Allah.
We plan, but Allah the Best Planner indeed..
Yang penting kena usaha betul2, fokus dan tawakkal padaNya..
Yalah Hajar....Cakap je...buat tak...
Tamau2...nak buat betul2!!!!!


Hari ni jugak hari pertama bagi calon2 yang ambik MUET untuk menduduki Speaking 
Test. Untuk writing, reading and listening dah habis minggu lepas. Antara kawan saya yang
terlibat untuk group hari ini adalah budak yang bernama Eyzzah. Saya sangat risau pada
mulanya bila tengok dia gelabah sepanjang masa. Tapi saya tahu dia just nak buat yang terbaik..
Congratz Eyzzah!!.. sebab dah berjaya melalui pengalaman yang 'mendebarkan' ni..
Habis je, berseri-seri muka macam kuih seri muka!!hahaha...
Doakan saya pulak since mine is on 10/5!!! Tengok2...esoknya exam mid sem!!
Ya Allah, tolonglah hambamu ini untuk menempuh ujian ini!!
Sangat kecil berbanding ujian untuk para penyampai risalahMu..


Saya nak cakap pasal apa ye lagi???...tadi macam banyak je dalam kepala..
Oh ya, pasal ujian ye...
Semalam seperti biasa selepas taddarus ada la usrah kecil-kecilan bersama Ustazah Eyzzah.
Ala...ingat-mengingati sesama manusia tu kan dituntut dalam Islam. Kalau tak percaya, 
acu cuba try test bukak Surah Al-Asr...Kan kan??Ada kan??Dah cakap dah tadi..


Sebab salah satu surah yang dibaca untuk taddarus adalah Surah At-Tahrim yang ada 
menceritakan tentang kedegilan isteri Nabi Nuh dan Nabi Lut, maka Eyzzah pun start cerita
tentang ketabahan para pesuruh Allah tersebut yang sangat sabar dalam menyampaikan ajaranNya.
Kalau kita mesti tak sanggup nak terima bila orang kata kita gila la, tak betul ke, ape ke..
Tapi para Nabi Allah sangat tabah..Jadi kita yang ujiannya tak seberapa ni, kenalah
laluinya dengan sabar...
Tak boleh terima, menangis, down tak boleh nak study ke, tak nak makan la, 
nak bunuh diri ke(Nauzubillah!!) dan banyak lagi..tak nak la macam tu..
Bukak jap Al-QURAN...hmmm..tengok Surah Al-INSYIRAH..
"So, verily, with every difficulty, there is relief":(5:94)
Allah siap ulang 2 kali lagi nak bagitahu ada ketegasan di situ...so, kenapa kita nak
seksa diri dengan bunuh diri, tak nak makan,..buat rosak diri je...tak nak belajar,
lapar pun lapar, exam tak boleh nak jawab...kan..kan?


Kebelakangan ni, saya rasa ada ketenangan bila hari-hari 
dengar lagu yang boleh bagi keinsafan dalam diri...Eyzzah yang jadi tukang pasangnya...
One of them...my favourite of all time..


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

Maher Zain: InsyaAllah

So, tepuk dada tanya iman.

Saya just nak berkongsi dan juga sebagai peringatan kepada diri sendiri terutamanya...
Okeylah tak tau nak cakap ape dah..nanti cakap banyak salah pulak karang.
BASIC GENETICS pun tengah tunggu ni..!


Okies..see u all next time
My Allah bless u all...
Salam...









Saturday, April 3, 2010


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum w.b. t...


Hari ini saya ada satu cerita yang kalau orang baca akan cemuih sebab sama je semua....
(bukan cerita kura2 dan arnab Farah..hihihi)


Setelah berhempas pulas menyelamatkan blog daripada
menjadi mangsa 'hackers' yang ntah sape2,
dengan izin-Nya, saya berjaya membuka kembali
page ini!

Cerita sebenarnya macam ni, apabila saya nak meng'sign in',
tiba2 password tak valid!
Apahal lak ni??Saya ada gaduh ngan
the blogger founder yang saya sendiri
pun tak kenal tu ke?
Ke dia jealous ngan template baru saya yang cute mute
tu???=)
Who knows???Kan?Kan..?

Dari pagi hingga  dah sudah makan pukul 9.00 p.m
tadi,baru saya berhasil bukak balik my lovely blog nih!
Love u so much!!!

Duduk rumah yang sunyi takde orang ni, memang satu
cabaran.Hanya ada saya,Eyzzah dan Intan....
Huhuhu....saya nak balik!!!
Dah la dapat breakin' news hari Isnin pun cuti jugak..
Kitorang mula cuti pun hari Jumaat..

Jadi cuba tuan-tuan bayangkan apa yang sepatutnya saya
buat dalam masa 4 hari tu selain STUDY *ye ke*
dan menghadap lappy je....dan kemas rumah sekali..
(Mell, aku sapu sampah..Cuma tak buat gotong-royong je,
tak cukup ahli..hihi)

Oleh itu, setelah berfikir semasak dan segorengnya,saya dengan 
Eyzzah cakap, "apa kata kita STUDY jee esok?"HAHA...
INSYALLAH.....
FULL SPEED AHEAD!!

Okies...see u next time
May Allah bless u all..
Bubye..
Salam..

 


Friday, April 2, 2010

In the name of Allah, the Most Merciful, the Most Gracious..

Assalamualaikum w.b. t...

Is there any new things that u see right now??
Yes! You all are brilliant!!!!
I had change my template today...
Maybe not cool enough, but I like it!
Mia, don't talk back
Reyhe, save ur words
Shimah, I know yours is prettier
Mell, yours is beautiful too,though quite....
Eyzzah, thanks for not coming home this week,
accompanying me finish this stressful thingy
Intan, please update ur blogs..*LOL*
At last...
Finally...
I made it!!!!

Okies,,,,,have to struggle for the last sem!!!
See u next time..
Bubye..
May Allah bless u all..

Sunday, March 28, 2010

Daurah...new experience

Assalamualaikum w.b.t...

Sudah lama tak meng'update' blog sampai dah bersawang(istilah untuk bloggers yang memang agak tak rajin memperbaharui entries mereka) dah rasanya.(Saya termasuk salah seorang daripada mereka.Hihihi...)

    Okies...untuk entry ini yang saya rasa tak panjang sangat dan tak pendek sangat, saya akan bercerita kisah saya mengikuti satu program Sebenarnya saya tak tahu nama program tu apa secara spesifiknya. So, saya namakannya Daurah Usul Isyrin.


    Bertolak dari Mais terchenta sekitar pukul lapan dengan menaiki kereta Kak Naz. Berkonvoi dengan kira-kira 4 buah kereta sisters dan brother yang lain. Sebab dah lama tak berjumpa, banyak benda yang kitorang tak tahu. Termasuklah cerita Kak Naz yang dah kawen...hihihi.Suaminya pulak satu daerah dengan saya.Tapi saya tak pergilah sebab tak tahu. Selamat Pengantin Baru ye Kak Naz.

    Disebabkan Usul Isyrin ini di'compiled'kan oleh As-syahid Imam Hassan Al-banna, maka saya pun meminta Kak Naz bercerita sedikit mengenai saat2 kematian beliau sebab saya dah lupa..(padahal dah banyak kali kisah beliau diulang-ulang oleh kakak2 dan abang2 senior waktu kat KISAS dulu). Tapi semua benda saya ambik mudah je.Terkilan la pulak rasanya...

    Kami tiba kira-kira empat puluh lima minit kemudian di Pejabat Isma di Bangi.Jumpa dengan kawan2 dari KTT, INTEC dan jugak KMB. Selepas bertaaruf seketika,-sisters kat dalam, brothers kat luar-(sebenarnya saya baru je membiasakan diri dengan gelaran tersebut), talk session pun bermula...

    Banyak sangat benda yang selama ni saya buat tak ambik endah di'refresh'kan dalam talk ni.Untuk slot yang pertama lebih kepada talk mengenai syahadatul haq. Syahadatul haq ni maksudnya adalah menegakkan satu penyaksian dan terbahagi kepada dua: perkataan dan perbuatan.Faham tak?????Hmmm....macam mana ya nak cakap??Ha...formula yang diberi lebih kurang macam ni..
Syahadah perbuatan + syahadah perkataan(individu,msyrkt n negara)= hujah Allah mengatasi hujah manusia.
Tak faham jugak????....Mintak tolong ustaz-ustazah @ kakak2 usrah yang arif untuk explain! Saya takut tersalah explain atau habis lenguh tangan2 saya menulis, tapi saya sendiri pun tak faham...hihi

    Okies...for the next session, barulah masuk kepada Usul Isyrin tersebut. Beberapa usul sahaja dipilih kerana masa yang tak diperuntukkan tak banyak. Jugak untuk memberi masa kepada para peserta bertanya perkara2 yang meng'confuse'kan akal fikiran masing2. Saya tak sempat bertanya sebab saya sedang cuba menghadam apa yang dapat semasa talk tadi. Tu laa...siapa suruh tak buat pre-reading awal2, kan dah tekial-kial nak faham..walhal Eyzzah ada je pasal usul dua puluh tu..*saya cakap dekat diri saya sendiri...hihi*

    Lepas solat Asar, satu bengkel diadakan iaitu kami dibahagikan kepada beberapa group. Setiap group akan ada seorang kakak untuk kami bertanya pasal segala benda yang dibincangkan. Maklumlah habis je talk tu, rasa berasap la jugak kepala. Tu belum campur yang terlena statik mahupun yang mendengar dengan penuh tawaduk mengiyakan segala usul...Jadi, waktu bengkel tu diadakan, pelbagai soalanlah yang ditanya para peserta sebab waktu ramai2 tadi ada peserta lelaki, jadi aurat suara perlu dijaga..(tak faham tak apa..hihi)

    Group saya adalah di bawah Kak Syaf a.k.a Dr Syaf *yang sangat comel*.Kak Syaf banyak bercerita mengenai Imam Hassan Al-Banna dan perjuangan beliau. Saya sangat teruja apabila Kak Syaf bercerita,
"Ketika zaman persekolahan, beliau sudah terlibat dengan pelbagai persatuan dan pernah membuat kutipan wang bagi membeli setem. Dan setem2 tersebut digunakan bagi menghantar surat kepada orang2 yang di rumah mereka mempunyai berhala. Dan isi kandungan surat tersebut adalah untuk memberi nasihat kepada mereka supaya membuang  berhala tersebut". Kak Syaf juga bercerita tentang saat2 kematian beliau yang menunjukkan betapa orang2 Yahudi sangat takut kepada pengaruh beliau. Perkara yang saya pasti adalah banyak peristiwa2 kegemilangan dan kejatuhan Islam yang perlu kita baca balik supaya kita dapat melihat betapa jauhnya beza umat Islam dulu dan sekarang...

Kak Syaf juga mencadangkan beberapa buah buku mengenai sirah Rasulullah dan kisah2 para sahabat..



    Karangan Syeikh Safiyurrahaman al-Mubarakfury
     Ada satu lagi buku tapi saya tak terjumpa covernya..karangan Ar-Raheed Al-Makhtum..

       Okies....setelah saya fikir sebanyak tujuh kali, saya memutuskan untuk tak menulis tentang Usul Isyrin tersebut sebab:
    i) pertama, saya takut sangat saya tersalah tulis atau explain* nanti saya yang dapat dosa pulak*
    ii) kedua, saya takut sape2 yang membacanya tak faham*macam la saya ni terer sangat meng'explain*
    iii) ketiga, banyak sumber2 lain yang boleh diakses untuk membacanya*internet kan ada*
    iv)keempat,tak habis bincang lagi, baru beberapa usul je
    v)kelima, kertas usul saya hilang!!!*tatau pergi mane kertas tu*
    Sebenarnya saya boleh je pinjam daripada orang lain, tapi disebabkan ada reason lagi empat tu, saya decide......tak payahlahhh.

        Okies....selepas habis program, kami bertolak balik. Konvoi gak. Tapi saya balik dengan kereta Kak Ros. Kak Ros dah kerja lepas habis belajar kat Melbourne.*Kak Ros adalah seorang engineer* Tu yang saya impress tu..Selepas sesi taaruf, dah tak ada benda nak diceritakan dah. So, Kak Ros pun bercerita tentang kisah dan pengalamannya.Pengalaman apabila tempat asing mampu mengajar kita mencari asal-usul .Apabila dikelilingi orang2 yang tak sama dengan kita, baru terasa siapa kita yang sebenar. Saya sangat teruja dengan cerita Kak Ros.Tapi, lepas tu memang saya tertidur sebab penat...hihi.Sedar2 dah sampai Mais..

        Kalau ada rezeki lagi, saya nak sangat Allah bagi kelapangan supaya saya dapat pergi lagi program macam ni. Dan juga kepada kawan2 saya yang lain..Ameen..

    10 MINIT KEMUDIAN....

    Selepas saya membaca kembali, saya  ingin merumuskan bahawa entry saya sedikit panjang...jadi kepada sesiapa yang membaca, atau selepas tersesat2 terjumpa blog saya, saya nak ucapkan terima kasih banyak2. Saje je..bukannya ada apa2 pun..

    Okies...see u next time
    May Allah bless u all..
    Bubye..
    Salam..

    Thursday, February 11, 2010

    Sesi berkenalan...


    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

    Assalamualaikum w.b. t...

    Terlebih dahulu Hajar nak memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana masih diberi peluang untuk menghirup udara segar kurniaanNya dan juga masih berpeluang menikmati dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat IMAN dan ISLAM. Ramai lagi yang masih tak sedar tentang nikmat terbesar ini..

    Alhamdulillah...setelah sekian lama blog ni terbiar macam tu je, Dia baru gerakkan hati untuk Hajar postkan something kat sini. Mungkin orang tertanya-tanya kenapa dah lama buat blog tapi x postkan ape-ape? Sebenarnya tak tahu nak tulis ape.Banyak je benda yang ade kat kepala tapi x terkeluar untuk ditaip kat sini...Sebenarnya tak terasa pun nak buat blog tapi disebabkan beberapa reason yang agak munasabah, maka Hajar pun terfikir gak untuk menaip dan terpostlah post yang pertama nie..

    Sebenarnya kakak yang cakap, buatlah blog so nanti dah sekolah jauh-jauh kitorang kat kampung tau la segala ape yang terjadi kat Hajar..

    Kakak yang sorang lagi cakap rugi kalau segala pengalaman yang banyak tu x boleh nak dikongsi ngan orang lain..

    Kawan pulak cakap baru boleh masuk geng kalau dah ade blog..haha..

    So, this is it..!

    Okeylah..dah siap dah sesi berkenalan. Hajar tinggal dulu ye. Kita jumpe lagi ye untuk next post..
    See ya..
    Assalamualaikum..
    May Allah bless u all..Ameen